Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KLIK iklan saya!!!

doa untuk dapat anak yang soleh: surah as-saafat- ayat 100 surah al-furqan- ayat 71 surah ibrahim- ayat 41

AWARD From Atika Aula's Blog

Nak jadi my follower?

U all just scroll ke bawah sekaliuntuk menjadi my follower blog, k? TQ very-very-ver-very much....Mmmuahss

Sunday, 11 July 2010

Just nak SHARE: Ibu Susuan

Halimatul Sa’diah. Jika dibuka lembaran sejarah sirah nabawiyyah sudah pasti nama beliau terpampang jelas ketika mana tumbesaran seorang kanak-kanak yatim piatu bernama Muhammad Rasulullah. Mengikut tulisan kitab Sirah Nabawiyyah Jilid 1 oleh Doktor Ali Muhammad Muhammad Salabi, beliau merupakan ibu susuan kepada junjungan besar Rasulullah SAW dan berketurunan Bani Sa’ad. Hasil penyusuan ke atas Habibi Mustafa, Allah SWT telah menganugerahkan keberkatan dalam setiap aspek kehidupan termasuklah kepada anak-anak, tempat tinggal dan binatang ternakan peliharaanya. Malah mempunyai kelebihan susuan yang begitu banyak dari wanita-wanita lain.
Ternyata, kaedah ibu susuan bukanlah suatu perkara yang ditegah syara’ untuk diaplikasikan di dalam kehidupan kini. Tambahan pula jika ditinjau dewasa ini ramai ibu-ibu kesibukan dengan kerja seharian sehingga terkadang lupa akan anak sendiri. Malah, susu lembu pula menjadi habuan dan kebiasaan. Natijahnya, keterikatan kasih sayang si ibu terhadap menjadi renggang. Walhal seantero dunia mengakui khasiat susu ibu biarpun sudah keluar pelbagai produk yang ingin menyamai susu ibu namun tidak dapat ditandingi.usteru, tidaklah menjadi kesalahan jika ibu susuan dijadikan amalan.
Firman Allah Azza Wajalla:

"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. (Al-Baqarah : 233)"

Takrif Penyusuan

Menurut kitab Fikh Manhaji takrif penyusuan dari segi bahasa ialah nama perbuatan menghisap puting susu wanita dan meminum susunya.

Manakala dari segi istilah syarak pula ialah nama perbuatan yang dilakukan untuk mendapatkan susu seseorang perempuan atau susu yang masuk ke dalam perut atau dikesan otak seseorang kanak-kanak.

Dalil keharusan penyusuan ialah berdasarkan firman Allah SWT :-

“…kemudian jika mereka menyusukan (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya, dan musyawarahkanlah di antara kamu (segala sesuatu) dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” ( At-Thalaaq : 6 )

1. Anak yang disusukan itu hendaklah belum mencapai usia 2 tahun. Maknanya, lelaki yang lebih 2 tahun umurnya tidak dikira sebagai anak susuan lagi. Ini perlu difahami dengan jelas supaya tidak berlaku kesalahfahaman dikalangan masyarakat. Hukum ini berpandukan kepada firman Allah SWT berbunyi:-

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”. ( Al-Baqarah : 233 )


“…ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun ( Maksudnya: Selambat-lambat waktu menyapih ialah setelah anak berumur dua tahun ) ”. ( Luqman : 14 )

2. Kanak-kanak itu telah disusukan sebanyak lima kali susuan yang berasingan. Misalan, sekiranya anak itu berhenti menyusu kerana kenyang ia telah dikira sekali susuan. Dalilnya berdasarkan hadis:-

"Aishah r.a berkata : Ayat al-quran yang diturunkan mengenai penyusuan yang menjadikan anak susuan sebagai mahram ialah sepuluh kali susuan. Kemudian ia dinasakhkan (digantikan) menjadi lima kali susuan sahaja. Rasulullah SAW diwafatkan tetapi mereka masih membaca ayat lima kali susuan sebagai ayat al-Quran."

Manakala dalam kitab Syarah Jalaluddin Al-Mahalli ala Minhajju Thalibin Imam Nawawi menyebut syarat tambahan bagi ibu susuan ialah:-


- Berumur 9 tahun
- Seorang perempuan bukan lelaki atau khunsa’
- Hidup bukan susu mayat
- Susu manusia bukan binatang

Adapun Imam Hanafi, Imam Maliki mengatakan keharaman terjadi dengan semata-mata mengalirnya susu seorang wanita ke perut anak yang disusuinya, baik sedikit mahupun banyak, bahkan setitis sekalipun.

Kesan Hubungan?

Kesan anak susuan terhadap ibu susuan adalah sebagaimana hubungan antara ibu dan anak kandung sendiri. Si anak diharamkan berkahwin dengan ibu susuannya dan juga diharamkan berkahwin ke atas anak-anak ibu susuannya. Anak susuan itu juga dihalalkan berkhalwat dengan mahram serta melihat aurat biasa mahramnya bukan dengan syahwat. Jika bersyahwat maka diharamkan sama sekali walaupun seketurunan.

Wallahua’lam.

No comments:

Popular Posts