Aku suka berkongsi sesuatu yang aku jumpa ni...Menarik sekali rencananya dan harap diriku dan kawan2 sekalian dapat menjadikan info ni sebagai panduan utk mencuci hati kita semua...Semoga mendapat keampunan dari Yang Maha Esa...Amiiinn
-----------------------------------------------------------------------------------
Sumber : Newa @ feryco
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.
17. Pesan pada orang, jadi baik.
18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.
doa untuk dapat anak yang soleh:
surah as-saafat- ayat 100
surah al-furqan- ayat 71
surah ibrahim- ayat 41
Nak jadi my follower?
U all just scroll ke bawah sekaliuntuk menjadi my follower blog, k? TQ very-very-ver-very much....Mmmuahss
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Sekali lagi Adam admit ward minggu lepas kerana sawan menyerang secara tiba-tiba...Tengah duk bermain dgn kak Maryam...Pastu Ummi baru n...
-
Kul 3 petang sepatutnya aku dah bertolak ke umah Fiza di Precint 9, Fasa 12, Putrajaya...Tapi sebab tunggu si Liea SMS bgtau dah siap ke bel...
-
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disia...
-
Pada tarikh ini adalah hari jadi adik ipar Ummi. Dan Adam telah menunjukkan kepandaian paling baru sekali iaitu bila Ummi tanya sape nama Ad...
-
Terima kasih kepada Mama Zara sebab TAG Ummi....Ni Ummi nak berkempen plak ni... saya sokong kempen ni sebab saya betul2 sakit mata melihat ...
-
Hari ni Ummi malas terus masuk FB. Mood tarak...Lebih baik Ummi layan Adam je dari duk layan emosi.Hati Ummi ada tergerak nak buat notis kat...
-
Ada sesapa penah kena sawan demam atau tak tahu tanda2 anak diserang sawan demam? Adam dah banyak kali kena tapi baru2 ni la baru Ummi tahu ...
-
Tanggal 2 Feb lalu, Ummi dgn ABah bawak Adam jenjalan ke Ipoh. Ntah apa mimpi pun Ummi tak tahu...Tapi syukurla...Mungkin inilah hikmah di s...
-
Malam tadi aku dengan gatalnya mencuba pakaikan CD kat Adam time dia nak tido. CD is Cloth Diapers ok? Bukan CD-ROM ke, tempat letak CD kart...



No comments:
Post a Comment